Posts

Image
Sepaktakraw adalah satu sukan yang makin menarik perhatian remaja di masa kini. Pengalaman saya sebagai ibu dalam sukan ini memang tidak pernah ada. Tetapi secara tidak langsung sukan ini melekat kepada dua orang anak lelaki yang baru berpindah dari Terengganu ke Kedah. Terima kasih kepada Cikgu Rosli dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Sg Petani,Kedah yang telah memberi semangat dan peluang kepada anak-anak saya sehingga sampai ketahap ini. Dari mewakili negeri Kedah di peringkat MSSM sehingga sekarang berpeluang menyalurkan bakat ke Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dengan bimbingan Jurulatih Mohd Futra Abd Ghani. Sekarang anak-anak saya berpeluang menimba ilmu sepaktakraw dengan lebih mendalam lagi.Banyak latihan-latihan dan perlawanan-perlawanan yang dilibatkan kepada anak-anak saya. Adalah menjadi harapan dan kebanggaan bagi ibubapa agar anak-anak sentiasa berada dalam tahap stamina yang dilatih oleh jurulatih SSMT. Harapan saya semuga anak-anak saya sentiasa dapat

MANIS DAN MASIN

Image
Posting #1 (NEW POSTING) & EDITED Perasan tak, level "manis" setiap orang itu tak sama walaupun pada 1 cawan air sirap yang mengandungi kandungan gula yang sama ⁉ ️ Begitu juga dengan rasa masin pada gulai yang sama. Level "masin" anda dengan kawan anda mungkin berbeza.. 🤔 Deria rasa lidah untuk rasa manis/ masin ini perlu dilatih..percaya atau tidak, jika anda sudah biasa dengan minuman tawar, anda akan rasa "TAK SEDAP" pada minuman yang terlalu manis... Jika anda telah terbiasa mengamalkan makanan kurang garam, hanya sedikit garam sudah CUKUP untuk memberikan rasa kepada makanan.. Apabila lidah sudah biasa dengan makanan MANIS dan MASIN, deria rasa semakin tidak sensitif dan lebih banyak gula/ garam diperlukan untuk memberi rasa yang di ingini..

Ziarah Umrah

Image
Layari laman web KP Hj Yusof Travel. Ziarah Umrah yang di laksanakan amat menarik dan penghayatan Umrah yang bagus. Mutawif KP Hj Yusof iaitu Hj Yunus amat bagus dalam menjalankan tugas membantu  jemaah-jemaah. Beliau juga berjaya membentuk silaturrahim para jemaah dari awal perjalanan bermula sehingga tamat umrah. ikatan silaturrahim amat di hayati oleh kami jemaah-jemaah yang terlibat dalam Ziarah ini. Pengalaman saya dan keluarga dalam Umrah April 2017 amat berharga disamping layanan mesra dan layanan terbaik dari KP Hj Yusof. Cita-cita kami sekeluarga adalah ingin menjadikan KP Hj Yusof salah satu destinasi Umrah dan Haji keluarga di masa akan datang. In shaa Allah. Syabas kepada KP Hj Yusof Travel khusus nya Mutawif Ustaz Yunus bin Hj. Yusof. Alhamdulillah.  .